Rakyat perlu jadi bangsa pencipta


PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia perlu segera berubah menjadi bangsa pencipta dan penambah nilai sekali gus berhenti menggunakan inovasi ciptaan orang lain terutama bagi sesuatu keupayaan yang mampu dihasilkan sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya untuk rakyat negara ini berubah iaitu keluar daripada kepompong yang memerangkap selama ini dan berada di zon selesa sebagai bangsa pengguna.

Berikutan itu, menurutnya, kerajaan mengambil serius terhadap usaha menterjemah bahan pembelajaran dan pengajaran dalam usaha memantapkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

“Rakyat negara ini rata-ratanya mampu bertutur dalam bahasa asing khususnya bahasa Inggeris, namun kita harus menerima realiti bahawa masih ada antara kita yang tidak mempunyai keupayaan sama,” katanya ketika berucap melancarkan 100 Judul Sains dan Matematik Terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di sini, semalam.


Dapatkan berita selanjutnya di Sinar Harian


Inikah Dunia????

Video seks tersebar di laman web


SHAH ALAM – Video salah laku seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang disedari tersebar di laman video Youtube mulai petang semalam selepas dimuat naik pemilik akaun baru didaftarkan kelmarin, dikenali ThePowerCam.

Klip video yang dipaparkan selama 1 minit 47 saat itu disunting. Rakaman asalnya difahamkan berdurasi 21 minit seperti yang dipertontonkan di Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu.

Rakaman video hitam putih itu menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita yang berpakaian lengkap sebelum dua daripadanya menanggalkan pakaian, kemudian mengenakan tuala.
Lelaki yang lengkap berpakaian itu kelihatan buat kali terakhir pada durasi ke-54 saat dan kemudiannya menghilangkan diri meninggalkan seorang lagi lelaki itu bersama wanita asing dipercayai warga China.

Pada babak akhir klip tersebut, lelaki bertuala itu berjalan melintasi kamera beberapa kali sebelum memeluk wanita terbabit.

Rakaman disedari apabila didedahkan dua laman blog terkenal, http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com dan http://www.papagomo.com sebelum diikuti oleh blog-blog lain.
Difahamkan, video itu yang jelas disunting terlebih dahulu dan memotong babak-babak lucah di mana wanita tersebut menanggalkan baju dan juga baki 19 minit aksi lucah seperti yang didedahkan sebelum ini tiada.

Sehingga jam 7.30 malam, video ini masih terdapat dan belum ditarik semula dari laman berkenaan.

Sebelum ini, Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuaib Lazim telah mengaku terlibat menyiarkan video seks itu kepada wartawan di hotel berkenaan.

Eskay turut mengakui beliau adalah salah seorang lelaki yang berada dalam video tersebut namun enggan mengatakan wataknya secara jelas.

Kerana pengakuan mereka ini, ramai pihak mendakwa UMNO terlibat dalam pendedahan video seks itu, namun pemimpin tertinggi parti terus menafikan dakwaan ini sekeras-kerasnya.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video yang diserahkan kepada pihaknya sebagai tulen dan tidak diubahsuai di mana-mana bahagian video tersebut.

Tak Kan Melayu Hilang Ke Dunia

Memo Editor
Silat perlu diperluas, bukan untuk Melayu sahaja

KUALA LUMPUR – Seni silat bukan milik bangsa Melayu semata-mata sebaliknya adalah warisan tradisi yang perlu diperluaskan kepada seluruh masyarakat untuk dimanfaatkan bagi mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, walaupun seni silat dan masyarakat Melayu tidak boleh dipisahkan, ia penting bagi merapatkan hubungan serta memakmurkan negara.

“Tanggapan bahawa silat hanya untuk bangsa Melayu sahaja adalah salah. Di negara kita, pelbagai seni mempertahankan diri yang kita ada. Setiap bangsa memiliki jenis pertahanan diri tersendiri yang harus dibanggakan.

“Seni pertahanan diri termasuk silat dapat membantu diri menjadikan seseorang lebih berdisiplin. Ini memberi kesan yang sangat kerana mereka yang berdisiplin akan lebih berjaya dalam kehidupan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penganugerahan Darjat Silat Kalam Malaysia dan Pelancaran Silat Kalam 1Malaysia, semalam.

Pada majlis itu, Noh turut dianugerahkan Darjat Khalifah Seri Panglima Pahlawan Kalam.

Selain Noh, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang turut dianugerahkan darjat dan gelaran yang sama.

Kuasa tuhan

MUAR – Kira-kira 200 penduduk di empat kampung di Lenga terpaksa berhadapan dengan detik yang menakutkan hampir 10 minit apabila angin kencang tiba-tiba mengganas merosakkan kira-kira 40 rumah dalam kejadian ribut pada awal malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku pada 7.15 malam itu bermula dengan tiupan angin kuat sebelum hujan lebat selama satu jam dan merosakkan rumah sebahagian penduduk di Kampung Tulang Gajah, Kampung Baru, Felda Lenga dan Kampung Renchong.

Salah seorang penduduk yang menyaksikan kejadian tersebut mendakwa terlihat satu kepulan angin yang berpusing-pusing di udara sebelum merosakkan rumah penduduk, kebun dan enam kandang kambing di Padang Ragut Kampung Tulang Gajah.

Mereka mendakwa peristiwa tersebut mengejutkan sebahagian besar penduduk dan beranggapan ia antara bencana terburuk yang melanda kerana disertai hujan batu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakan rumah penduduk rosak seperti bumbung rumah tercabut dan dihempap pokok akibat angin kencang.

Israel batal serangan gara-gara Facebook

BAITULMAQDIS 3 Mac - Tentera Israel menyatakan rancangan untuk menyerang sebuah perkampungan di Tebing Barat terpaksa dibatalkan selepas seorang askar Israel mendedahkan maklumat itu di Internet.

Tentera itu berkata, askar tempur terbabit menyiarkan waktu dan lokasi serangan itu pada laman Facebook miliknya selain menyatakan pasukan tentera sedang merancang untuk `membersihkan’ perkampungan tersebut.

Beberapa askar lain telah melaporkan kebocoran maklumat itu kepada pihak berkuasa tentera, yang kemudiannya membatalkan serangan itu selepas khuatir maklumat itu mungkin akan sampai kepada tentera musuh.

Askar terbabit telah dibicarakan di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 1o hari. - AP

AdiQ AnuaT: Selamat Datang

AdiQ AnuaT:
Selamat Datang

nuff


I made this widget at MyFlashFetish.com.